Mei 2017 - Aktiviti 10

  • BERITA RINGKAS 25 Mei ----- Pengerusi SPA Rasmi Karnival Kerjaya Peringkat Negeri Pahang

    KUANTAN, 25 Mei ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak hari ini telah merasmikan Program Karnival Kerjaya dan Outreach SPA 2017 peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre (SASICC), Kuantan, Pahang. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail dan Pengerusi SPA Negeri Pahang, YH Dato’ Haji Mohamad Ridzwan Haji Mohd Tahar. Hadir sama Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Ahli-Ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai kanan SPA serta wakil dari pelbagai Kementerian dan Jabatan. YBhg. Tan Sri Arpah berkata, Karnival Kerjaya yang diadakan ini adalah merupakan platform terbaik SPA untuk mendekati rakyat di sesebuah negeri/daerah bagi menerangkan fungsi SPA dan peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam sektor awam. Selain pameran kerjaya dari pelbagai kementerian/jabatan, turut diadakan kempen derma darah dan taklimat kerjaya serta panduan menghadapi temu duga. MediaSPA

Aktiviti10_1

 

Aktiviti10_2

 

Aktiviti10_3

 

Aktiviti10_4

 

Aktiviti10_5

 

Aktiviti10_6