Mei 2017 - Aktiviti 9

  • BERITA RINGKAS 25 Mei ----- Lawatan Kerja Ahli-Ahli Suruhanjaya Ke Penjara Penor, Kuantan Pahang

    KUANTAN, 24 Mei ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Penjara Penor, Kuantan Pahang, semalam. Delegasi SPA telah diketuai oleh Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Satu sesi taklimat telah disampaikan oleh Timbalan Komisioner Penjara, Arifin Mohd Noor. Selesai sesi taklimat, YBhg. Tan Sri Arpah dan Ahli-Ahli Suruhanjaya dibawa melawat ke Bengkel Tenun Penjara Penor. Terdahulu YBhg. Sri Arpah telah mempengerusikan mesyuarat mingguan Suruhanjaya yang turut dihadiri oleh Setiausaha SPA YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Ahli-Ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai kanan SPA. MediaSPA

Aktiviti9_1

 

Aktiviti9_2

 

Aktiviti9_3