November 2017 - Aktiviti 2

  • BERITA RINGKAS 15 November ----- Program Jelajah Kasih SPAVOL Edisi Orang Asli

    TANJUNG MALIM, 14 November ----- Pengerusi SPA merangkap Penaung SPAVOL, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah merasmikan Program Jelajah Kasih SPAVOL : Edisi Orang Asli yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Pos Bersih, Ulu Slim, semalam. Program ini melibatkan seramai 300 sukarelawan SPAVOL dan orang awam serta mahasiswa yang mendaftar dengan SPA seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM), Jabatan Penerangan Negeri Perak, RELA, penduduk kampung daripada JKKK Ulu Slim dan masyarakat Orang Asli Pos Bersih. Para sukarelawan telah mengadakan aktiviti gotong royong perdana membersihkan semak samun di sepanjang jalan Pos Bersih, mengecat klinik kesihatan, seminar motivasi kepada anak-anak Orang Asli, membuat lukisan mural di SK Pos Bersih, menghias dan mencantikkan taman SK Pos Bersih, kenduri rakyat untuk 800 orang penduduk kampung dan Orang Asli serta pengagihan sumbangan barangan keperluan harian kepada 70 keluarga Orang Asli. Perasmian program telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Arpah bte Abdul Razak, Pengerusi SPA merangkap Penaung SPAVOL. Turut hadir Encik Ikhbal Hanam bin Mukras, Timbalan Setiausaha SPA. Maklumat lanjut berkaitan aktiviti SPAVOL boleh dilayari melalui www.facebook.com/spavol.

Aktiviti2_1

 

Aktiviti2_2

 

Aktiviti2_3

 

Aktiviti2_4