Ogos 2013 - Aktiviti 9

  • Kunjungan Hormat Pengerusi S.P.A Ke Atas Menteri Besar Terengganu

    KUALA TERENGGANU 26 Ogos ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Haji Ahmad Said. Ketibaan Pengerusi di Wisma Darul Iman pagi ini turut diiringi Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari. Kunjungan hormat serta perbincangan bersama YAB Dato' Seri Haji Ahmad Said turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YB Dato' Haji Mazlan Ngah. Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai perancangan S.P.A untuk membuka pusat temu duga di Kuala Terengganu bagi memudahkan calon-calon temu duga S.P.A khususnya anak-anak negeri Terengganu. Terdahulu dari itu, YBhg.Tan Sri Mahmood Adam bersama Ahli-Ahli Suruhanjaya diberi taklimat oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, YBhg. Dato' Wan Mohd Nor Haji Ibrahim di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia di Wakaf Tapai, Kuala Terengganu. ---- MediaSPA

Aktiviti9

 

Aktiviti9

 

Aktiviti9

 

Aktiviti9