Ogos 2016 - Aktiviti 6

  • BERITA RINGKAS 17 Ogos ----- Pengerusi SPA hadir ke Perasmian ICBOS

    PUTRAJAYA 16 Ogos ----- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak hadir ke Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Strategi Lautan Biru Kebangsaan (ICBOS) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam. Majlis telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak. Persidangan tiga hari bertemakan “Transformasi Negara melalui Kreativiti dan Inovasi” itu memberi tumpuan kepada kreativiti dan inovasi dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar dan inisiatif negara. Terdahulu, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah diberi penghormatan sebagai salah seorang pembentang kertas di dalam ICBOS untuk slot Community Transformation berdasarkan pengalaman beliau membangunkan komuniti di kawasan penduduk berpendapatan rendah, sesak dan tidak dipedulikan. Transformsi di bawah program National Blue Ocean Strategy (NBOS) telah berjaya membawa perubahan kawasan persekitaran yang lebih sejahtera dan mampan. Transformasi sosial turut menglibatkan penduduk dalam aktiviti sukarelawan dan gotong royong serta "self help" bagi menjaga kawasan masing-masing termasuk menjaga keamanan dan keharmonian. Kira-kira 3,000 peserta dari seluruh dunia termasuk pemimipin-pemimpin luar negara menghadiri persidangan itu, termasuklah pemimpin negara dari negara anggota Komanwel, negara-negara ASEAN dan anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) . MediaSPA

Aktiviti6_1

 

Aktiviti6_2

 

Aktiviti6_3