Oktober 2021 - Aktiviti 1

  • Putrajaya, 26 - 27 Oktober 2021 ----- Unit Inovasi dan Latihan, Bahagian Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Kursus Latihan Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 yang diadakan di Bilik Latihan Lavender, Aras 8. Seramai 30 orang juruaudit dalaman telah mengikuti kursus ini dan dikendalikan sepenuhnya oleh Puan Nurul Izza Jay, tenaga pengajar dari Sirim STS Sdn Bhd.
  • Tujuan kursus diadakan adalah untuk memberi pemahaman dalam menjalankan audit dalaman berasaskan MS ISO 9001:2015 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) di samping memahami kaedah dan memelihara program audit dalaman serta melakukan tindakan pembetulan terhadap ketidakpatuhan sistem kualiti yang ditemui.
Aktiviti1_1

 

Aktiviti1_2

 

Aktiviti1_3

 

Aktiviti1_4

 

Aktiviti1_5