September 2013 - Aktiviti 5

  • Tan Sri Mahmood Adam Sampaikan Surat Tawaran Pelantikan Dan Pengesahan Perkhidmatan

    SPA 10 September ----- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A), YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah menyampaikan surat tawaran pelantikan untuk mereka yang berjaya dalam temu duga bagi jawatan yang dipohon dan surat pengesahan perkhidmatan kepada penjawat awam yang telah disahkan dalam perkhidmatan. Majlis yang diadakan di Dewan Temu duga, Aras 6 itu turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R.Segarajah, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari serta wakil-wakil Jabatan. Dalam ucapan yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, beliau berharap agar calon yang dilantik ini dapat menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan yang baik dalam perkhidmatan awam negara. Beliau juga berharap calon-calon yang dilantik ini memenuhi ciri-ciri yang diperlukan memandangkan proses temu duga yang dijalankan oleh S.P.A adalah berkualiti, telus dan sistematik. Di akhir majlis, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam meluangkan masa beramah mesra bersama penjawat awam yang baharu dilantik dan seterusnya mengadakan Sidang Media bersama wartawan yang hadir membuat liputan. -----MediaSPA

Aktiviti5

 

Aktiviti5

 

Aktiviti5

 

Aktiviti5

 

Aktiviti5