Pegawai Perubatan Gred UD41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Gred Jawatan: UD41, UD43, UD47, UD51, UD53
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Jadual Gaji:
GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
UD41 RM2,947.00 RM9,656.00 RM225.00
UD43 RM3,611.00 RM10,560.00 RM250.00
UD47 RM5,211.00 RM11,769.00 RM270.00
UD51 RM5,860.00 RM12,449.00 RM290.00
UD53 RM6,182.00 RM13,256.00 RM320.00
 
SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
(a) warganegara Malaysia;  
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
(c)    
(i) ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred UD41: RM2,947.00); atau
 
     
(ii) calon yang dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) AktaPerubatan 1971 dan telah memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1)(aa) serta telah berdaftar sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred UD41: RM2,947.00).
 
 
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah Lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  
     
SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PEGAWAI PERUBATAN GRED UD43, UD47, UD51 ATAU UD53  
3. Calon bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD43, UD47, UD51 atau UD53 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
(a) memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a), 1(b), 1(c) dan 2; dan  
(b) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang berkenaan.  
 

(Gaji permulaan lantikan pada Gred UD43: RM3,611.00/
Gaji permulaan lantikan pada Gred UD47: RM5,211.00/
Gaji permulaan lantikan pada Gred UD51: RM5,860.00/
Gaji permulaan lantikan pada Gred UD53: RM6,182.00).

 
     
DESKRIPSI TUGAS :
Memeriksa dan merawat pesakit, menguruskan rawatan dan pemeriksaan ibu-ibu mengandung serta menyambut kelahiran bayi, menjalankan pemeriksaan mayat dan menyediakan laporan, menjalankan tugas-tugas ‘on call' dan menyampaikan ceramah-ceramah.
Â