April 2013 - Aktiviti 18

  • ASPA Anjurkan Seminar S.P.A Outreach


    ALOR SETAR 28 April ----- Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari telah merasmikan Seminar S.P.A Outreach “Pengenalan S.P.A dan Perkhidmatan Awam kepada Guru-guru Kaunseling Peringkat Negeri Kedah”. Seminar sehari yang diadakan ini adalah anjuran ASPA dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad dan Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPN Kedah Tuan Haji Mohammad Haji Abd. Hamid . Sesi taklimat telah disampaikan iaitu Pengenalan S.P.A dan Perkhidmatan Awam serta Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam yang disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Encik Mohd Shaiful Ibrahim. Sesi taklimat terakhir bertajuk Laluan kerjaya Masa Hadapan yang disampaikan oleh Encik Muhammad Khairil Amran Abu Bakar, Penolong Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Kedah. -----MediaSPA

Aktiviti18

Aktiviti18

Aktiviti18

Aktiviti18