April 2013 - Aktiviti 3

  • Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengkaji Penyertaan Kaum Melayu Dalam Perkhidmatan Awam


    PUTRAJAYA 5 April ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Jawatan kuasa Khas Mengkaji Penyertaan Kaum Melayu dalam Perkhidmatan Awam bertempat di bilik Mesyuarat Suruhanjaya. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Turut hadir Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad. Seramai 26 orang hadir terdiri daripada Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan cadangan dan maklumbalas mengenai penyertaan kaum Melayu dalam Perkhidmatan Awam. ----MediaSPA

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3