Disember 2012 - Aktiviti 10

  • SPA Terima Sijil Penghargaan Dari KSN  
       
    PUTRAJAYA 18 Disember ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah menerima Sijil Penghargaan yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Dato’ Sri Dr. Ali Hamsa kepada Setiauaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari kerana Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) dari Bahagian Perkhidmatan telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan KIK peringkat Jabatan Perdana Menteri Oktober lepas. Majlis Inovasi Jabatan Perdana Menteri 2012 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pagi tadi turut dihadiri oleh Ketua-ketua Agensi di bawah JPM. Kumpulan KIK MERPATI dari Bahagian Perkhidmatan telah mempersembahkan projek “Sistem Pengurusan Urusan Perkhidmatan Kurang Efektif”. Turut hadir menerima sijil penghargaan, Setiausaha Bahagian Perkhidmatan, Cik Chan Hong Jin serta peserta KIK MERPATI SPA -----MediaSPA

Aktiviti 10

Aktiviti 10\

Aktiviti 10

Aktiviti 10

Aktiviti 10

Aktiviti 10