Januari 2019 - Aktiviti 8

  • KUCHING 29 Januari (Selasa) --- Majlis Perhimpunan Bulanan Khas SPA Malaysia Cawangan Sarawak bersama YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman telah diadakan di Auditorum, Tingkat 17, Bangunan Sultan Iskandar, Kuching Sarawak. Perhimpunan kali ini telah dihadiri oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman serta Ahli-ahli Suruhanjaya yang lain. Turut hadir ke majlis berkenaan adalah Timbalan Pengerusi SPA Malaysia iaitu YBhg. Dato' Sri Zoal Azha Bin Yusof dan Setiausaha SPA Malaysia, YBhg. Dato' Zainal Abidin Bin Ahmad. Pada majlis berkenaan, En. Matthew Anak Dominic Barin selaku tuan rumah telah menyampaikan ucapan aluan dan pembentangan ringkas mengenai SPA Malaysia Cawangan Sarawak khususnya. Selain itu , YBhg. Tan Sri Pengerusi SPA Malaysia turut menyampaikan amanat kepada semua warga SPA yang hadir, antara intipati amanat YBhg. Tan Sri adalah mengenai kepentingan ilmu, integriti dan budaya kerja terbaik yang perlu diamalkan dalam perkhidmatan awam.

Aktiviti6_1

 

Aktiviti6_2

 

Aktiviti6_3

 

Aktiviti6_3

 

Â