Julai 2012 - Aktiviti 5

  • Mesyuarat Suruhanjaya dan Program Retreat Ahli Suruhanjaya

    CAMERON HIGHLANDS 17 Julai ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya dan Retreat Ahli Suruhanjaya yang bermula semalam di Hotel Equatorial, Cameron Highland. Program Retreat Ahli Suruhanjaya telah dimulakan dengan pembentangan oleh YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo yang bertajuk “Overview SPA Dalam Era Transformasi” diikuti oleh Timbalan Setiausaha (Pengambilan), YBhg. Datuk Ramli Juhari yang bertajuk “Peranan SPA Dalam Urusan Pengambilan”. Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia pula membentangkan tajuk "Peranan SPA Dalam Urusan Perkhidmatan” dan Setiausaha Bahagian Urus Setia Mesyuarat, Encik Shafarin Nasuredin membentangkan tajuk "Rulling SPA” . Pada hari ini pula, Program Retreat diteruskan lagi dengan sesi perbincangan melibatkan empat (4) kumpulan bersama Ahli-Ahli Suruhanjaya dan Urus Setia SPA. Terdahulu dari itu, Mesyuarat Mingguan Suruhanjaya telah diadakan pada petang semalam yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1