Jun 2013 - Aktiviti 2

  • Lawatan Kerja Menteri Di JPM Ke S.P.A  
       
    PUTRAJAYA 4 Jun ----- Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun telah membuat lawatan kerja ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A). Ketibaan beliau telah disambut oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Beliau yang telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bertanggung jawab dalam portfolio berkaitan dengan S.P.A pada bulan lepas telah diberi taklimat ringkas oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam di bilik Mesyuarat Suruhanjaya. Turut hadir beberapa orang Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari serta pegawai-pegawai kanan S.P.A ----- MediaSPA

Aktiviti 2

Aktiviti 2

Aktiviti 2

Aktiviti 2

Aktiviti 2