Jun 2013 - Aktiviti 22

  • Makmal Kajian Penggunaan Media Sosial Bagi Menangani Masalah Persepsi Terhadap S.P.A  
       
    SPA 29 Jun ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah merasmikan Makmal Kajian Penggunaan Media Sosial Bagi Menangani Masalah Persepsi Terhadap S.P.A. Majlis yang diadakan bertempat di Dewan temu duga S.P.A telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Khas yang dilantik oleh S.P.A iaitu NGO Melayu, Cina, India dan Dayak. Turut hadir Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato' R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia, Pegawai Tugas-Tugas Khas dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Terdahulu dari itu, kumpulan-kumpulan NGO telah mengadakan aktiviti perbincangan mengikut kumpulan. Tujuan makmal ini diadakan adalah untuk menangani persepsi negatif terhadap S.P.A. dan meningkatkan mutu perkhidmatan S.P.A. Taklimat telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Sasongko dari Media Intelligence dan Tun Mahereza dari TMX. ----- MediaSPA
Aktiviti 22

Aktiviti 22

Aktiviti 22

Aktiviti 22

Aktiviti 22

Aktiviti 22

Aktiviti 22

Aktiviti 22