Mei 2012 - Aktiviti 12

  • SPA FC Di Ambang Juara Liga FAM 2012

    BANGI 28 Mei ----- SPA FC tewaskan Johor Melodi Jaya dalam saingan Liga FAM 2012 dengan jaringan 3 – 0, di Stadium Mini Petronas Bangi, petang semalam. Jaringan pertama SPA diperoleh melalui Mohd Rosdi Zakaria pada minit ke-19. Pada separuh masa kedua, SPA FC menambah 2 jaringan melalui Mohd Shafiq Mohd Zahari pada minit ke-72 dan Khairol Azri Abdul Rahman pada minit ke-80. Hadir menyaksikan perlawanan Presiden SPA FC, YBhg Dato’ Lamien Sawiyo dan Timbalan Presiden, YBhg. Datuk Ramli Juhari. SPA FC kini terus menjadi pendahulu liga FAM dengan 31 mata. SPA FC hanya memerlukan 2 kemenangan lagi dari baki 4 perlawanan untuk menjadi juara Liga FAM 2012. ---- MediaSPA

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12