Mei 2013 - Aktiviti 11

  • Lawatan Kerja Ke Jabatan Penerbangan Malaysia (DCA)

    SEPANG 27 Mei ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah membuat lawatan kerja ke Jabatan Penerbangan Malaysia (DCA) di Sepang, Selangor. Delegasi diketuai oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Turut bersama Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A YBhg. Datuk Ramli Juhari dan pegawai-pegawai kanan. Ketibaan delegasi S.P.A telah di sambut oleh pegawai-pegawai kanan DCA dan satu taklimat mengenai DCA turut diadakan. Sejurus taklimat, delegasi telah dibawa melawat ke Pusat e-Peperiksaan DCA, Simulator Penerbangan serta menara kawalan DCA di KLIA. Terdahulu dari itu, S.P.A telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya ke-19 bagi tahun 2013 bertempat di Pusat Latihan Penerbangan Malaysia----- MediaSPA

Aktiviti6

 

Aktiviti6

 

Aktiviti6

 

Aktiviti6

 

Aktiviti6