November 2013 - Aktiviti 15

  • Sesi Interaksi Pengerusi S.P.A Dan Karnival Kerjaya Peringkat Negeri Perlis


    PERLIS, 20 Nov ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan Sesi Interaksi Bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan/Negeri, Badan-Badan Berkanun, Persatuan-Persatuan dan Badan-badan Bukan Kerajaan. Sesi Interaksi yang diadakan di Dewan 2020 Kangar, Perlis itu turut dihadiri Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari. Pada Sesi interaksi yang ke-18 ini juga turut diadakan Karnival Kerjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang disertai oleh pelbagai Kementerian dan Jabatan. YBhg. Tan Sri Mahmood juga turut mengunjungi setiap booth pameran dan menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenangan. Terdahulu dari itu, selepas sesi soal jawab bersama jemputan yang hadir, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam turut menyampaikan surat lantikan kepada 4 (empat) orang untuk jawatan Pengajar Jururawat Gred U41, Pegawai Penguatkuasa Gred N41 dan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17. Sesi sidang media turut diadakan selepas majlis selesai.----- MediaSPA

Aktiviti15

Aktiviti15

Aktiviti15

Aktiviti15

Aktiviti15

Aktiviti15

Aktiviti15