November 2013 - Aktiviti 4

  • Pertandingan Badminton JPM 2013, S.P.A Naib Juara


    PUTRAJAYA 10 Nov ------Pasukan badminton S.P.A muncul naib juara setelah tewas 1 – 3 kepada pasukan Felda dalam perlawanan akhir Badminton Jabatan Perdana Menteri 2013, yang berlangsung di dewan Pusat Kejiranan Presint 11, Putrajaya petang tadi. Pertandingan badminton JPM yang bermula sejak semalam (Sabtu) telah disertai oleh 31 pasukan yang terdiri dari ajensi di bawah JPM. Menurut ketua pasukan, Noor Azli Abdul Hamid, beliau mengulas “ini adalah pencapaian terbaik pasukan badminton kita dalam pertandingan anjuran JPM, walaupun pasukan ini baru dua bulan ditubuhkan, tapi telah pun menjadi naib juara, ujar beliau. “Kita akan mantapkan lagi pasukan, terutama pasangan bergu wanita untuk perlawanan yang akan datang ”. Pasukan naib juara ini turut menerima pingat dan wang tunai seribu ringgit ----- MediaSPA

Aktiviti4

Aktiviti4

Aktiviti4

Aktiviti4

Aktiviti4

Aktiviti4