November 2020 - Aktiviti 2

  • Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman

    PUTRAJAYA 20 November ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuarat yang ke-146 secara dalam talian di Putrajaya pada Jumaat. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman yang turut dihadiri Ahli-Ahli SPKP iaitu Peguam Negara, YAA Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Hakim Besar Malaya, YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak, YA Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan dan Setiausaha SPKP, Datuk Zohari Said. Hadir sama Peguam Cara Negara, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, pemangkuan, tatatertib dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan ----- MediaSPA

Aktiviti2_1

 

Aktiviti2_2

 

Aktiviti2_3

Â