Ogos 2013 - Aktiviti 14

  • Majlis Perutusan Khas Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan

    SPA 30 Ogos ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Majlis Perutusan Khas Sempena Bulan Kemerdekaan 2013. Majlis yang diadakan di Dewan Temu Duga Aras 6, S.P.A, Putrajaya telah dihadiri oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Turut hadir , Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R. Segarajah, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan warga S.P.A. Majlis dimulakan dengan lagu-lagu patriotik oleh kumpulan Koir S.P.A dan deklamasi sajak kemerdekaan yang disampaikan oleh Puan Maznida Mahadi. Dalam perutusan khas yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk sama-sama memastikan kemerdekaan ini akan berkekalan bagi tanda kedaulatan dan ia merupakan perkara yang amat penting bagi sesebuah Negara. Beliau juga berkata, S.P.A telah menjangkau 56 tahun penubuhannya dan dalam usia 56 tahun ini, S.P.A sewajarnya terus relevan dalam arus semasa. Majlis diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai lagu Jalur Gemilang sambil mengibarkan bendera. ----- MediaSPA

Aktiviti14

 

Aktiviti14

 

Aktiviti14

 

Aktiviti14