Oktober 2012 - Aktiviti 1

  • Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke 15

    IPOH 1 Oktober ----- Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke–15 telah disempurnakan oleh YB. Dato' Hamidah Osman, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak. Ketibaan beliau yang mewakili Menteri Besar Perak, YAB. Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir telah disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB. Dato' Abdul Puhat Mat Nayan dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Persidangan selama (4) empat hari yang bermula semalam di Impiana Hotel Ipoh, Perak turut di hadiri oleh Ahli-Ahli Suruhanjaya, Timbalan Pengerusi SPA YBhg. Dato' Segarajah Ratnalingam, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan pegawai-pegawai kanan SPA. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1