Oktober 2013 - Aktiviti 7

  • Majlis Penutupan Persidangan S.P.A Ke - 16


    MELAKA 10 Oktober ----- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun hari ini telah merasmikan Majlis Penutupan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ke 16 yang diadakan di Hotel Holiday Inn, Melaka. Terdahulu, Pengerusi S.P.A YBhg. Tan Sri Mahmood Adam bersama peserta persidangan telah menimbang dan meluluskan rumusan persidangan seterusnya mengadakan sesi dialog. Sementara itu, Negeri Kedah akan menjadi tuan rumah Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kali ke 17 yang akan diadakan di Langkawi pada tahun 2014. Dalam ucapan aluan yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, beliau mengucapkan terima kasih kepada Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka kerana memberi layanan yang baik kepada peserta dan pasangan disepanjang persidangan yang bermula pada Isnin lepas----- MediaSPA

Aktiviti7

Aktiviti7

Aktiviti7

Aktiviti7