September 2012 - Aktiviti 3

  • Kunjungan Hormat Ke SPA Negara Brunei Dan Sesi Interaksi Pengerusi SPA Di Limbang  
       
    BRUNEI 6 Sept ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan kunjungan hormat ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negara Brunei pada 6 September 2012 bagi bertukar pandangan dan pengalaman berkaitan urusan pengambilan, perkhidmatan dan naik pangkat dan tatatertib di negara tersebut. Ketibaan delegasi dari SPA Malaysia telah disambut oleh Pengerusi SPA Negara Brunei, Pengiran Dato Paduka Haji Maidin Bin Pengiran Haji Hashim. Delegasi SPA Malaysia seramai 15 orang telah diketuai oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Bin Adam. Turut serta 4 orang Ahli-Ahli Suruhanjaya SPA Malaysia, Setiausaha SPA Malaysia, YBhg. Dato’ Lamien Bin Sawiyo serta pegawai-pegawai kanan SPA Malaysia. Terdahulu sebelum itu, YBhg. Tan Sri Mahmood Bin Adam telah mengadakan Sesi Interaksi bersama ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Badan Berkanun dan Badan Bukan Kerajaan yang diadakan di Majlis Daerah Limbang, Sarawak pada 5 September 2012 bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada Kementerian, Jabatan dan Pentadbiran Negeri terhadap perkhidmatan yang ditawarkan oleh SPA.----- MediaSPA

Aktiviti 3

Aktiviti 3

Aktiviti 3

Aktiviti 3

Â