September 2013 - Aktiviti 3

  • One Stop Centre S.P.A

    SPA 5 September ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah membuat lawatan ke Bilik Operasi “One Stop Centre S.P.A” . Bilik yang menempatkan Pegawai Khidmat Pelanggan dan pegawai-pegawai dari bahagian yang kerap menerima panggilan telefon ini diwujudkan bertujuan untuk menjawab pertanyaan daripada pelanggan melalui panggilan telefon. Antaranya mengenai semakan permohonan online, status permohonan, urusan peperiksaan dan urusan temu duga. Bilik Operasi “One Stop Centre S.P.A” ini merupakan idea YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dalam usaha penambahbaikan sistem telefon di S.P.A bagi mempercepatkan perkhidmatan telefon daripada pelanggan yang ingin mendapatkan jawapan daripada pegawai-pegawai S.P.A. Dalam ucapan di Majlis Perutusan Khas Sempena Bulan Kemerdekaan 2013 pada Jumaat lepas, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam menyatakan S.P.A akan mencari kaedah yang lebih pantas untuk menjawab panggilan telefon dari pelanggan berbanding cara yang digunakan pada masa kini. ---- MediaSPA

Aktiviti3

 

Aktiviti3

 

Aktiviti3