September 2017 - Aktiviti 2

  • BERITA RINGKAS 14 September ----- Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik Antara SPA dan LHDNM

    PUTRAJAYA, 13 September ----- ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menandatangani kerjasama strategik Sistem Peperiksaan Online dan e-Tapis. Majlis yang diadakan di Menara Hasil, Cyberjaya itu telah dihadiri oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan pegawai pegawai kanan SPA. Sementara itu Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Sabin Samitah serta pegawai-pegawai kanan LHDNM. YBhg. Tan Sri Arpah dalam ucapannya berkata kerjasama ini adalah merupakan pilihan bijak dan tepat selaras dengan dasar NBOS kerajaan untuk berkongsi sistem-sistem ICT yang produktif dan berdaya saing dalam memastikan fungsi-fungsi agensi yang sama dapat dilaksanakan dengan efektif dan efisien di samping menjimatkan kos dan masa. LHDNM akan mengadakan peperiksaan online bagi jawatan Pegawai Eksekutif Gred 41 yang dijadualkan pada 20 September ini.----- MediaSPA

Aktiviti2_1

 

Aktiviti2_2

 

Aktiviti2_3