Aplikasi Mobile
mySPA8i
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dengan kerjasama MAMPU telah membangunkan aplikasi mudah alih mySPA8i sebagai alternatif kepada Sistem SPA8i versi web. Aplikasi mudah alih mySPA8i ini boleh dimuat turun dan digunakan bagi peranti beroperasikan Android, iOS dan Windows. Berikut merupakan modul-modul yang terdapat dalam mySPA8i iaitu:
- Pendaftaran MyID;
- Lupa Kata Laluan;
- Maklumat Pemohon;
- Maklumat Akademik;
- Maklumat Kokurikulum;
- Maklumat Tambahan;
- Pegawai Sedang Berkhidmat;
- Jawatan Dimohon; dan
- Pengakuan Pemohon.