Penolong Pegawai Pendaftaran (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
- Gred: KP29, KP41
- Kumpulan: Pelaksana, Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
- Kem/Jab:Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
- Jadual Gaji:
GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN KP29 RM1,493.00 RM5,696.00 RM145.00 KP41 RM2,081.00 RM9,547.00 RM225.00 - Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN GRED KP29 -
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred KP29 : RM1,493.00);
atau - Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,493.00);
atau - diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,770.95).
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
-
- Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00);atau - ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,285.00);atau - Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,387.21)
- Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan - Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pendaftaran adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
- mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
-
- Deskripsi Tugas :
Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29- Pelaksanaan dan Penguatkuasaan Undang-undang
- Urusan Kad Pengenalan
- Urusan Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat
- Urusan Kewarganegaraan
- Urusan Perkahwinan dan Perceraian
- Aktiviti Siasatan dan Pendakwaan
Menjadi sumber rujukan kepada mana-mana urusan berkaitan dengan perkara-perkara seperti berikut:
Urusan Kad Pengenalan- kad pengenalan;
- pindaan butiran kad pengenalan; dan
- pengurusan rekod/daftar kad pengenalan.
- kelahiran;
- kematian;
- anak angkat; dan
- pengurusan rekod kelahiran, kematian dan anak angkat.
- kewarganegaraan;
- perlucutan kewarganegaraan;
- perlepashakan kewarganegaraan; dan
- pengurusan rekod kewarganegaraan.
- perkahwinan;
- tribunal perkahwinan;
- perceraian;
- pindaan butiran perkahwinan dan perceraian; dan
- pengurusan rekod perkahwinan dan perceraian.
- penyiasatan;
- pendakwaan;
- perisikan;
- operasi; dan
- sistem kawalan keselamatan.