Pegawai Pendaftaran Gred KP41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,081.00 RM9,547.00 RM225.00

 

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
(a) warganegara Malaysia;  
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
(c)    
(i) Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00);atau
 
(ii) Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,285.00);atau
 
(iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,387.21)
 
 
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan  
     
DESKRIPSI TUGAS :

Menjadi sumber rujukan kepada mana-mana urusan berkaitan dengan perkara-perkara seperti berikut:
Urusan Kad Pengenalan
  1. kad pengenalan;
  2. pindaan butiran kad pengenalan; dan
  3. pengurusan rekod/daftar kad pengenalan.
Urusan Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat
  1. kelahiran;
  2. kematian;
  3. anak angkat; dan
  4. pengurusan rekod kelahiran, kematian dan anak angkat.
Urusan Kewarganegaraan
  1. kewarganegaraan;
  2. perlucutan kewarganegaraan;
  3. perlepashakan kewarganegaraan; dan
  4. pengurusan rekod kewarganegaraan.
Urusan Perkahwinan dan Perceraian
  1. perkahwinan;
  2. tribunal perkahwinan;
  3. perceraian;
  4. pindaan butiran perkahwinan dan perceraian; dan
  5. pengurusan rekod perkahwinan dan perceraian.
Urusan Siasatan dan Penguatkuasaan
  1. penyiasatan;
  2. pendakwaan;
  3. perisikan;
  4. operasi; dan
  5. sistem kawalan keselamatan.