Jururawat Masyarakat Gred U1

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PERUBATAN DAN KESIHATAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Jururawat Masyarakat yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan Lembaga Bidan Malaysia.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred U1: RM1,561.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA : 3. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 4. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
  1.  memenuhi tempoh percubaan;
  2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U2 : 5. Jururawat Masyarakat Gred U1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jururawat Masyarakat Gred U2 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U3 : 6. Jururawat Masyarakat Gred U2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jururawat Masyarakat Gred U3 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U4 : 7. Jururawat Masyarakat Gred U3 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jururawat Masyarakat Gred U4 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
SYARAT PENINGKATAN
SECARA LANTIKAN KE
JAWATAN JURURAWAT
GRED U5
: 8. Jururawat Masyarakat yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jururawat Gred U5 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
DESKRIPSI TUGAS : Bertanggungjawab sebagai pekerja kesihatan yang menjalankan pelbagai tugas dan merupakan ahli pasukan kesihatan yang berkhidmat secara terus kepada masyarakat. Tugas utama Jururawat Masyarakat Gred U19 tertumpu dalam bidang kebidanan dan kesihatan keluarga yang merangkumi aspek perawatan kejururawatan daripada segi amalan kejururawatan, pengurus kejururawatan, latihan kejururawatan, program kualiti dalam kejururawatan, dokumentasi dan lain-lain tugas.
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Jururawat Masyarakat yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).