1. |
JADUAL GAJI |
|
|
Gaji Minimum |
: RM1,441.00 |
Gaji Maksimum |
: RM4,152.00 |
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan |
: RM105.00 |
|
|
|
|
|
2. |
SYARAT LANTIKAN |
|
|
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: |
|
|
(a) |
Warganegara Malaysia; dan |
|
|
(b) |
Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan |
|
|
(c) |
Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan |
|
|
(d) |
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred T1 : RM1,441.00) atau
- Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred T1 : RM1,441.00) atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred T1 : RM1,507.01) atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred T1 : RM1,573.02)
|
|
|
(e) |
Dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera berikut: |
|
|
|
- Ketinggian badan sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu;
- Berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita;
- Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
|
|
|
|
|
3. |
DESKRIPSI TUGAS |
|
|
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas peringkat sokongan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan; melaksanakan tugas mencari dan menyelamat; mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan; memberikan bantuan perkara berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar; melaksanakan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada agensi yang memerlukan. Di samping itu, tugas yang dilaksanakan di Zon Maritim Malaysia dan lautan lepas ialah mencari dan menyelamat; mengawal dan mencegah pencemaran maritim; pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik. Tugas yang dilaksanakan akan diletakkan di bawah perintah dan kawalan Angkatan Tentera Malaysia semasa darurat, krisis khas atau peperangan. |
|
|
|
|