Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19

1. JADUAL GAJI  
 
Gaji Minimum : RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
 
     
2. SYARAT LANTIKAN  
  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
  (a) Warganegara Malaysia; dan  
  (b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
  (c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan  
  (d)
  1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta:
    1. Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
    2. Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).
    (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,352.00)
    atau
  2. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,408.40)
    atau
  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1464.80)
 
     
3. DESKRIPSI TUGAS  
  Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan dakwah, pengurusan masjid, akidah, halal, undang-undang Syariah, Baitulmal dan penguatkuasaan.