Pembantu Kesihatan Awam Gred U19

1. JADUAL GAJI  
 
Gaji Minimum : RM1,360.00
Gaji Maksimum : RM4,052.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
 
     
2. SYARAT LANTIKAN  
  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
  (a) Warganegara Malaysia; dan  
  (b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
  (c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan  
  (d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred U19 : RM1,418.12)
 
     
3. SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL) BAGI PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT  
  Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 tertakluk kepada kekosongan jawatan dan memenuhi syarat berikut:
  1. Telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
  2. Mempunyai kelayakan di perkara 2(d) di atas atau lulus Peperiksaan Khas; dan
  3. Had umur pelantikan:
    1. Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    2. Berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    3. Berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
 
     
4. DESKRIPSI TUGAS  
  Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pengawalan dan pencegahan dalam program kebersihan alam sekeliling, kebersihan dan keselamatan makanan serta kawalan penyakit berjangkit yang berkaitan dengan tugasnya dengan menggunakan kaedah/ pendekatan kesihatan primer (Control and Prevention & Primary Health Care Approach).