April 2012 - Aktiviti 3

  • Liga FAM 2012, SPA FC Tewaskan Shahzan Muda

    BANGI 5 April ----- SPA FC berjaya menewaskan Shahzan Muda (Pahang Kuantan Port) dengan jaringan 3 – 1 dalam perlawanan Liga FAM 2012 yang berlangsung di Stadium Mini Petronas, Bangi petang semalam. Jaringan pertama SPA FC diperolehi melalui Mohd Zulkifli Affendi pada minit ke-43. Khairol Azry Abdul Rahman menambah jaringan kedua SPA FC pada minit ke – 53. Pemain gantian, Muhammad Ariffin Norazidi menambah derita pasukan pelawat itu dengan jaringan ketiga pada minit ke-84. Turut menyaksikan perlawanan, Presiden SPA FC YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo dan Timbalan Presiden YBhg. Datuk Ramli Juhari. Ketika mengulas kemenangan SPA FC ke atas pasukan pelawat YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo berkata pasukan SPA FC masih dapat menumpukan perlawanan Liga FAM ini walaupun telah meninggalkan perlawanan kerana terlibat dalam perlawanan Piala FA ” Pasukan SPA FC masih fokus untuk menuju destinasi iaitu pencapaian terbaik untuk menjadi juara Liga FAM bagi tahun 2012 ini”. Beliau juga berharap supaya pemain-pemain memberi tumpuan dan prestasi seperti perlawanan ini untuk perlawanan-perlawanan seterusnya ---- MediaSPA

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3