April 2013 - Aktiviti 17

  • Karnival Kerjaya Dan Pendidikan 2013 Di USM


    PULAU PINANG 28 April ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan Karnival Kerjaya dan Pendidikan 2013 yang diadakan di Dewan Utama Pelajar Kampus Induk USM, Pulau Pinang. Karnival Kerjaya tiga (3) hari yang bermula pada hari Jumaat turut disertai oleh pelbagai Kementerian dan jabatan dari sektor awam dan swasta. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah membuka kaunter khas untuk memberi penerangan kepada pengunjung-pengunjung dari sekitar Pulau Pinang dan juga pelajar-pelajar di USM. Satu taklimat mengenai peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam telah disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Encik Mohd. Shaiful Bin Ibrahim ----- MediaSPA

Aktiviti17

Aktiviti17

Aktiviti17

Aktiviti17