Februari 2012 - Aktiviti 5

  • Amanat Kepada Pasukan Bolasepak SPA FC

    SPA 18 Februari ----- Timbalan Presiden Pasukan Bola Sepak SPA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari berkata, semua pemain bolasepak SPA mestilah berfikir secara positif, lupakan semua masalah apabila di atas padang dan memberi tumpuan kepada permainan dengan matlamat untuk menang. Beliau berkata demikian ketika memberi amanat kepada pemain-pemain Pasukan Bola Sepak SPA FC jumaat lepas. SPA FC akan bertemu pasukan MBJB dalam perlawanan bolasepak Piala FA di Stadium Mini Petronas, Bangi jam 4.15 petang esok (Sabtu). Beliau juga mengingatkan kepada pemain-pemain supaya tidak terlibat dengan rasuah. YBhg. Datuk Ramli juga memberi penghargaan kepada pasukan SPA FC kerana dengan adanya pasukan ini secara tidak langsung mempromosikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia kepada orang ramai. Beliau merujuk kepada akhbar-akhbar utama yang memaparkan jadual perlawanan antara SPA FC dengan MBJB. Sementara itu Pengurus pasukan, Encik Aidid Molana berkata, pemain-pemain mestilah memberikan komitmen dan bermain secara berpasukan . ----- MediaSPA

Aktiviti5