Februari 2012 - Aktiviti 6

  • Piala FA 2012 - SPA FC Kalahkan MBJB

    BANGI 19 Februari ----- Pasukan SPA FC menang 3 – 0 setelah menewaskan pasukan MBJB dalam perlawanan piala FA 2012 yang berlangsung petang semalam di Stadium Mini Petronas, Bangi. Jaringan SPA FC di peroleh pada minit ke-4 melalui tendangan percuma oleh Mohd Zulkifli Affendi, di luar kotak penalti. Jaringan kedua dilakukan oleh Fadzly Iskandar melalui tandukan yang menewaskan penjaga gol MBJB pada minit ke-15. Pasukan MBJB terus dikecewakan dengan jaringan ketiga oleh Mohd Shafiq pada minit ke 25. Pasukan MBJB juga kehilangan 3 pemain kerana dilayangkan kad merah pada separuh masa kedua. Sementara itu, Timbalan Presiden SPA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari yang menyaksikan perlawanan, mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain. Beliau yang terus memberi semangat kepada pemain-pemain dan yakin pada perlawanan seterusnya SPA FC pasti boleh memperoleh kemenangan jika prestasi dan semangat berpasukan seperti ini dapat dikekalkan. ----- MediaSPA

Aktiviti6

 

Aktiviti6

 

Aktiviti6

 

Aktiviti6

 

Aktiviti6

 

Aktiviti6