Februari 2013 - Aktiviti 11

  • Sesi Interaksi S.P.A Di Bagan Datoh Perak

    BAGAN DATOH 26 Februari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Sesi Interaksi bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan, Badan-Badan Berkanun, Persatuan-persatuan dan Badan-Badan bukan Kerajaan di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh, Perak. Sesi interaksi yang ke-15 ini dihadiri oleh Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato' R. Segarajah. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Sesi Taklimat Kerjaya juga diadakan yang telah dihadiri oleh pelajar-pelajar sekolah di sekitar Bagan Datoh dan Teluk Intan, Perak. S.P.A juga turut mengadakan Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam yang disertai oleh pelbagai Kementerian dan Jabatan. Karnival Kerjaya yang mendapat sambutan orang ramai ini turut dihadiri Ahli Parlimen Bagan Datoh, YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan beliau turut melawat gerai-gerai pameran dengan diiringi oleh YBhg. Dato' R. Segarajah. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1