Januari 2013 - Aktiviti 11

  • Perasmian Persidangan Pengerusi-Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Ke-5

    MELAKA 16 Januari ----- Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam hari ini telah merasmikan Persidangan Pengerusi-Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Ke - V. Persidangan anjuran bersama antara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) turut di hadiri oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi Dato' R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka YB Datuk Wira Omar Kaseh, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), YBhg. Datuk Farida Mohd Ali, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari serta wakil-wakil Kementerian/Jabatan. YAB Ketua Menteri Melaka juga turut melancarkan buku bertajuk "Bongkar: Kompilasi Kesilapan Lazim Pengurusan Tatatertib Perkhidmatan Awam". Seramai hampir 300 peserta hadir dalam persidangan yang diadakan di Hotel Equatorial Melaka ini. Satu sidang media turut diadakan selepas majlis perasmian di tempat yang sama. Tema Persidangan pada kali ini ialah "Transformasi Pengurusan Tatatertib Perkhidmatan Awam" dimana sebanyak tiga (3) kertas kerja akan dibentangkan selama dua hari persidangan berlangsung.----- MediaSPA

Aktiviti11

Aktiviti11

Aktiviti11

Aktiviti11

Aktiviti11

Aktiviti11