Januari 2014 - Aktiviti 6

  • Tan Sri Mahmood Adam Melancarkan iM4U Rakan Muda SPA

    PUTRAJAYA 4 Januari ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah melancarkan IM4U Rakan Muda S.P.A. IM4U Rakan Muda S.P.A ini adalah ilham daripada beliau yang bertujuan untuk merapatkan hubungan antara S.P.A dengan anak-anak muda supaya golongan ini tidak menganggap S.P.A hanyalah untuk orang-orang tertentu sahaja. Katanya lagi, mereka yang berumur 40 tahun ke bawah bolehlah mendaftar secara online di Portal S.P.A. Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Seminar S.P.A Outreach “Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam” bertempat di Dewan Temu duga, Putrajaya hari ini. Turut hadir, Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R. Segarajah dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Seminar SPA Outreach ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu atau Ahad di seluruh Negara sepanjang tahun 2014 ini dan mereka yang berminat boleh melayari Portal S.P.A di www.spa.gov.my . Terdahulu dari itu, Tan Sri Mahmood Adam telah menyampaikan taklimat mengenai tips dan panduan memasuki perkhidmatan awam. Beliau juga turut menyampaikan sijil kepada para peserta. ---- MediaSPA

Aktiviti6

 

Aktiviti6

 

Aktiviti6

 

Aktiviti6

 

Aktiviti6

 

Aktiviti6