Januari 2018 - Aktiviti 1

  • BERITA RINGKAS 3 Januari ----- Program Jelajah Kasih SPAVOL : Edisi Sabah

    RANAU, 16 Disember ----- Program Jelajah Kasih SPAVOL edisi Sabah yang bermula pada 14 hingga 17 Disember 2017 telah dirasmikan oleh Penaung SPAVOL yang juga Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak di Kampung Paka Dua Ranau Sabah. Turut hadir pada majlis itu Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Encik Ikhbal Hanam Mukras dan Ketua Pengarah Biro Tatanegara YBhg. Datuk Ibrahim Saad. Antara aktiviti yang dijalankan ialah perkhidmatan kaunter SPA8i, gotong-royong membersihkan kawasan dan Kenduri Rakyat yang disertai oleh sukarelawan SPAVOL Politeknik Kota Kinabalu dan SPA. Mekanisme pelaksanaan program ini adalah melibatkan NBOS daripada pelbagai agensi antaranya Biro Tatanegara (BTN), Pejabat Daerah Ranau, Majlis Daerah Ranau, Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri, Politeknik Kota Kinabalu dan JKKK Kampung Paka Dua Ranau Sabah . ----- MediaSPA

Aktiviti1_1

 

Aktiviti1_2

 

Aktiviti1_3

 

Aktiviti1_4