Julai 2012 - Aktiviti 6

  • Perjumpaan Bersama Antara SPA dan CUEPACS

    SPA 19 Julai ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan perjumpaan bersama Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Perjumpaan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Suruhanjaya ini adalah bertujuan memberi taklimat berkaitan kajian semula dasar-dasar sedia ada SPA untuk meluaskan peluang permohonan pekerjaan selaras dengan tujuan merakyatkan perkhidmatan awam. Taklimat selama hampir 2 jam itu telah disampaikan oleh Pengerusi SPA YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Hadir sama Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato’ Segarajah Ratnalingam, Setiausaha, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan SPA. Sejurus selepas taklimat, satu sidang media juga telah diadakan di tempat yang sama. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1