Julai 2012 - Aktiviti 7

  • Juara Liga FAM 2012, SPA FC Terima RM60,000 Dan Piala

    KUALA LUMPUR 20 Julai ----- Pasukan Bola Sepak SPA FC telah menerima Piala Juara Liga FAM 2012 beserta wang tunai RM60,000 di dalam satu majlis yang diadakan oleh Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) Kelana Jaya petang semalam. Majlis juga dihadiri oleh pasukan dari Juara Liga Super, Liga Perdana dan pemain-pemain terbaik 2012 untuk menerima hadiah masing-masing. Presiden SPA FC YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo yang turut hadir di majlis itu berkata ”Piala ini bukan sahaja lambang kejayaan pasukan bolasepak SPA 2012, bahkan juga lambang kejayaan warga SPA yang mampu berdepan cabaran serta meraih kejayaan jika kita bertindak sebagai satu pasukan dan komited untuk mencapai matlamat yang dituju”. Beliau berkata demikian sejurus selepas majlis penyampaian Piala Pusingan dan wang tunai. Pada tahun 2013, SPA FC secara automatik akan bertanding dalam saingan Bola Sepak Liga Perdana . ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1