Julai 2013 - Aktiviti 9

  • "S.P.A tidak akan sekat peluang calon atau pejawat awam" --- Datuk Ramli Juhari

    NILAI 7 Julai ----- Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari berkata "Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tidak akan sekali-kali menyekat peluang setiap calon atau penjawat awam yang ingin memartabatkan perkhidmatan awam ke arah lebih profesional dan berdaya saing". Beliau berkata demikian dalam ucapan penutup bengkel penyediaan cadangan kertas kerja bagi pegawai lantikan secara kontrak di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), di Nilai Negeri Sembilan sebentar tadi. Dalam ucapan yang disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Encik Mohd. Shaiful Ibrahim, Setiausaha S.P.A mengharapkan semoga hasil dan cadangan yang telah dihasilkan ini akan menjadi kunci kepada penambahbaikan yang bakal berlaku kepada perkhidmatan para pegawai kontrak di Jabatan Kemajuan Masyarakat dalam masa terdekat ini. Turut hadir di majlis penutupan ini Ketua Pengarah KEMAS, YBhg.Dato' Hassan Mohd Amin.-----MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1