Julai 2018 - Aktiviti 13

  • BERITA RINGKAS 27 Julai ----- Tan Sri Zainal Rahim Seman Bertemu Warga SPA

    PUTRAJAYA, 27 Julai ----- Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman telah membuat lawatan dan bertemu dengan warga SPA disetiap Bahagian di Putrajaya pagi tadi. Beliau turut diiringi Setiausha SPA, Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Encik Ikhbal Hanam Mukras. Antara Bahagian yang dilawati ialah Bahagian Pengambilan, Pengambilan Khas, Perkhidmatan, Peperiksaan, Naik Pangkat Dan Tatatertib, Pengurusan Maklumat, Dasar & Perancangan, Urus Setia Mesyuarat, Pengurusan, dan Urus Setia SPKP. Tan Sri Zainal Rahim juga meluangkan masa bertemu dengan Ahli-Ahli Suruhanjaya dan calon-calon yang sedang menunggu untuk sesi temu duga. Tan Sri Zainal Rahim telah mengangkat sumpah sebagai Pengerusi SPA pada 25 Julai, Rabu lepas. ----- MediaSPA

Aktiviti13_1

 

Aktiviti13_2

 

Aktiviti13_3

 

Aktiviti13_4