Julai 2019 - Aktiviti 2

  • Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) Ke - 141

    PUTRAJAYA 5 Julai ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuarat yang ke-141 di Putrajaya pada Jumaat. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman. Turut hadir Ahli-Ahli SPKP iaitu Peguam Negara, YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak, YA Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dan Setiausaha SPKP, Encik Zohari Said. Hadir sama Peguam Cara Negara, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, pemangkuan, surcaj dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan ---- MediaSPA

Aktiviti2_1

 

Aktiviti2_2

 

Aktiviti2_3

 

Aktiviti2_4

 

Aktiviti2_5

 

Aktiviti2_6

 

Aktiviti2_7

 

Aktiviti2_8