Jun 2012 - Aktiviti 15

  • Pasukan SPA Juara Kejohanan Dragon Boat JPM 2012 Kategori Wanita Dan Kategori Campuran

    PUTRAJAYA, 24 Jun ----- Pasukan Dragon Boat SPA Kategori Wanita dan Kategori Campuran muncul Juara dalam Kejohanan Dragon Boat JPM 2012, yang berlangsung di Kompleks Sukan Air Putrajaya, Presint 6, Putrajaya petang tadi. Sebanyak 6 pasukan terdiri daripada Kategori Wanita dan 10 pasukan daripada Kategori Campuran bertanding dalam kejohanan pada tahun ini. SPA juga muncul sebagai Juara Keseluruhan Pertandingan Dragon Boat yang disertai oleh Jabatan/Agensi dibawah JPM sempena Hari Keluarga Jabatan Perdana Menteri yang bermula pada 23 dan 24 Jun 2012. Turut hadir menyaksikan pertandingan, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1