Jun 2012 - Aktiviti 18

  • Lawatan Dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota Umbai, Melaka Ke SPA

    SPA 29 Jun ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah menerima lawatan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota Umbai, Melaka petang semalam. Seramai 88 orang pelajar tingkatan enam dan 10 orang guru telah hadir. Lawatan yang diketuai oleh Guru Penasihat, Puan Rozilah Rahmat telah diberi taklimat kerjaya oleh Penolong Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Puan Noormahera Mohd Puzi bertempat di Dewan Temu Duga Aras 6. Taklimat yang diberikan menyentuh tentang hala tuju selepas menamatkan pelajaran, syarat-syarat memasuki perkhidmatan awam, teknik-teknik temu duga, faedah-faedah penjawat awam dan gaji yang ditawarkan mengikut jawatan dan kelayakan. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1