Jun 2012 - Aktiviti 19

  • "Tiada peperiksaan khas Untuk mereka yang gagal dalam peperiksaan" ----- Pengerusi SPA

    SPA 30 Jun ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam berkata, tiada peperiksaan khas kepada Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) bertaraf kontrak yang gagal dalam peperiksaan yang akan tamat kontraknya pada penghujung tahun ini. Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan salah seorang PTD (Kontrak) dalam sesi soal jawab di majlis taklimat persediaan menduduki Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan PTD Gred M41 di dewan Temu duga Aras 6 pagi tadi. Seramai 80 orang PTD (Kontrak) hadir di majlis itu. Semua pegawai-pegawai yang hadir ini tidak lulus ujian peperiksaan dari tahun 2008, 2009 dan 2010. ”Tiada peperiksaan khas untuk anda, ia terbuka untuk semua”, ujarnya. Beliau juga tidak mahu mereka menyalahkan mana-mana pihak apabila gagal dalam peperiksaan. Menjawab satu soalan lagi, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam berkata, SPA tidak boleh berjanji akan mengadakan peperiksaan semula dalam masa terdekat atau menyambung kontrak PTD yang akan tamat. Bagaimanapun mereka ini boleh kembali ke jawatan asal. Hadir sama, Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Segarajah Ratnalingam dan Setiausaha Bahagian Pengambilan, Encik Zainal Abidin Ahmad. Terdahulu dari itu satu sesi penerangan mengenai sukatan peperiksaan dan Assesment Centre telah disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Peperiksaan, Puan Faidzah Arshad. Penerangan mengenai penulisan Karangan Bahasa Melayu telah disampaikan oleh Puan Sri Halimah Abdul Majid dari SMK Putrajaya dan penulisan Karangan Bahasa Inggeris oleh Puan Usha Diane a/p Dannis dari SMK Convent Bukit Nenas ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1