Jun 2012 - Aktiviti 3

  • Perjumpaan Khas YBhg. Tan Sri Mahmood Adam Bersama Warga SPA

    SPA 6 Jun ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mahukan supaya SPA mudah didekati dan berada dihati rakyat seperti yang diinginkan oleh pucuk pimpinan negara ini. Beliau berkata demikian dalam Majlis Perjumpaan Khas Bersama warga SPA yang diadakan di Dewan Temu Duga Putrajaya Aras 6, petang tadi. Beliau juga mahukan semua urusan bersama pelanggan dipermudah atau dipercepatkan, “Kita perlu berusaha untuk mempercepat dan memudahkan urusan dengan pelanggan seperti bersedia mengadakan urusan temu duga atau kursus pada waktu malam mengikut permintaan”. Ujarnya lagi, beliau meminta supaya SPA memberikan penjelasan kepada orang ramai tentang cara atau teknik untuk lulus dalam peperiksaan khas yang dianjurkan oleh SPA, dan memberi maklumat yang tepat mengapa seseorang calon tidak berjaya dalam peperiksaan atau pun temu duga. Turut hadir di majlis tersebut, Timbalan Pengerusi SPA, YBhg Dato’ Segarajah Ratnalingam, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia, pegawai-pegawai kanan dan warga SPA. Sejurus selepas majlis perjumpaan bersama Warga SPA, YBhg. Tan Sri Pengerusi mengadakan perjumpaan khas bersama media yang diadakan di Anjung Ilham. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1